dalam kepala

saya boring. saya malas mengemas. saya malas semua. duduk depan lappy tenung screen tapi tak buat pape. plan hari ni nak melawat jiran tapi mandi pon blom lagi. hoho. mengemas ape tah lagi.

perbualan semalam dengan along. tentang seorang pak cik yang duduk di kampung, gaji rm 600 sebulan. isteri tak bekerja, anak 3 orang semua kecik masih bersekolah.

dulu hidup agak senang tapi dia telah buat keputusan yang salah dalah hidup dia. hidup jadi susah. keputusan tu salah siapa yang tentukan? kami ke? maybe walaupon hidup makin susah tapi hati makin senang. siapa tahu kan? maybe allah tak bagi dia rezeki dalam bentuk wang tapi dalam bentuk lain rezeki mencurah-curah. rezeki buka duit jer. kesenangan hati pon rezeki. ketenangan. kemudahan nak buat ibadat. permudahkan urusan harian. semua tuh rezeki kan?

duit berkepuk-kepuk. kereta melimpah ruah sampai tak cukup parking. cuba tanya diri. happy ke hidup? masa sentiasa di kejar. duit tak pernah cukup. anak-anak tak pernah nak menenangkan hati. hidup yang macam mana kita nak?

seorang lagi. asal bercakap diri lah yang hebat. asal bercakap orang lah yang salah. asal bercakap ade jer alasan nak tutup kesalahan diri. harus lah buat-buat cerita supaya nampak diri hebat. harus lah cerita kisah-kisah kejayaan. haruslah cerita mengapa orang lain gagal dia berjaya. hebat-hebat. sila lah buat selalu. semakin banyak bercakap semakin nampak kelemahan sebenarnya. maybe dia bercakap untuk menenangkan hati sendiri. sebab sebabnarnya dalam diri dia pon rasa diri tak sehebat mana. tapi dia harus kelihatan hebat supaya semua orang kagum.

suami-isteri.

si suami. seorang yang hebat. bijak pandai. gaji mestilah 5 angka sebulan. seorang suami yang romantik. sangat sayang kan anak-anak. rapat dengan anak macam kawan. kawan yang baik, sentiasa ade ketika memerlukan.

si isteri. bekerjdengan gaji juga 5 angka sebulan.zahirnya isteri kelihatan perfect sekali. muka yang manis pandai melayan. mesra dengan semua orang. pandai memasak pandai menjaga anak. anak semua terjaga terdidik dengan sempurna. di sebalik kesibukan menguruskan urusan-urusan pejabat semua anak-anak membesar dengan susu badan sendiri. diri sendiri yang melihat dia? KAGUM. memang SUPERWOMEN. kalau i bekerja tak tahu lah mampu ke tak jadi sehebat dia.

sebagai orang luar kita asyik jadikan mereka idola. bertapa kita nak duduk dalam situasi mereka. betapa kita nak jadi mereka. hebat giler. tapi bahagia ke mereka?

bila kita selami and kenali, masih ade ruang-ruang kosong yang tak sempurna bagi mereka. dan ruang ksong itu sangat besar. harta kekayaan tak menjanjikan ape-ape bagi mereka. mengapa?

dugaan allah kan? dia bagi rezeki kekayaan melimpah ruah, anak sihat, badan sihat. so dia tarik lah sikit rezeki lain. supaya kita tak lupa DIA. masih ingat kan DIA.

semua benda kita nak. semua benda ke kita dapat?

You Might Also Like

3 comments