misi berjaya!

misi mencari barang-barang raya. so semua dah setel. semua di bawah bajet yang telah di tetapkan. tidak over bajet. heheh.

yang bestnya, tak penat pon walaupon semalam panas giler bahang. maybe i ade bakat tersembunyi. bila shopping jer deria penat hilang. heheh. (hurm. bakat ape ni?)

kaki pon tak lenguh walaupon berjalan sepanjang hari. maybe body faham dengan kondisi semasa, tukang urut peribadi tiada buat masa ni, so tak perlu lah nak mengada-ngada lenguh. tak de orang nak layan.

baju shahir paling susah nak cari, yang murah design tak cantik plus kain tak best. yang i and pok we berkenan mesti mahal. heh. so terjadi lah peristiwa di mana baju raya kak dia lagi murah dari baju raya adik. heh! mahal sungguh baju budak-budak ni.

handbag raya i suka~ (mesti lah kan, kalau tak suka tak beli) yang seronok nya dalam bajet yang telah di tetapkan oleh tuan pengerusi. kali ni mencari beg yang saiz besar-besar sikit. konon-konon dah nak jadi mak orang. hand bag haruslah besar-besar nak letak pampers baju dan sebagainya.=p mari verangan bersama maghfarah~

kasut raya last minit baru nampak yang berkenan dihati. benci betul kalau design kasut-kasut yang flat ni. semua ala-ala mak cik. last-last beli kasut yang tinggi jugak sikit. tapi sangat selesa macam ikat bantal kat kaki.

sedang berdoa dengan bersungguh-sungguh supaya baju husband muat. kalau tak kene pergi tukar.

pastu ade jugak terbeli barang yang tiada dalam list. heheh. (mintak-mintak husband tak terbaca line ni). tapi benda keperluan la jugak. bukan pembaziran. (sedang back up diri sendiri in case dia baca line ni). terbeli telekung sembahyang raya. hehe. terbekenan pulak masa jalan-jalan pilih baju raya husband. bagus lah raya beli telekung kan. nak mengadap allah kene lah pakai cantik-cantik jugak. ni baju raya nak cantik, tapi pergi semayang raya pakai telekung kepam. gihihihi (bernas tak alasan saya?)

dan seketul lagi barang adalah seluar raya. yang ni saya tiada alasan. beli sebab murah dan kaler tak de lagi. boleh?

itu sahaja. semalam balik memang tak tak larat dah nak masak. dah lewat dah sampai rumah, so pergi bazar kinrara. dan membeli ikut nafsu serakah. semalam beli nasi ambeng. sedap giler sampai rasa hari ni pon nak makan lagi. banyak giler portion dia. tapi mak habis nyah. licin~

dan pagi tadi macam biasa, bagun pukul 4 lagi sebab nak kejut husband sahur. senang sikit kejut hari ni ambik masa 15 minit jer. rupa-rupanya die berlakon konon-konon dah bangun dan dah nak bersiap-siap turun tengok food. sebenarnya dia sambung tido. i call dia tak angkat ingatkan turun sahur tak bawak phone. bila dah subuh baru angkat suara bangun tido!

dan tengahari ni hantar message cakap azab giler tak sahur, tak minum air, tapi kene masuk site. ni first time die tak sempat bangun sahur langsung. i tak nak komen ape-ape yer bie. tapi kalau u depan mata dah lama dah i tukar jadi hulk ni.

You Might Also Like

4 comments

  1. kekeke.. mmg azab kalau x bgn sahur..kekek..berlakon lagik..berlakon..hahaha

    ReplyDelete
  2. wah! dah abis shopping eh? kita tak shopping tudung lagi ni. tengah pikir2 fesyen tudung apakah sesuai tahun ni. hehe.

    ReplyDelete
  3. dah complete ye farah...siap beg kasut ye,..cam kanak2 lak...hikhik..tp tu la..org tua pun nk gk beraya fully new kan..akak lum lg settle bab kasut n hbag..huhu..harus gak buat edisi ni this weekend..yelah itu je hari yg tinggl =P

    ReplyDelete