breastfeeding in public

dulu-dulu i tak rasa ape-ape bila tengok perempuan breastfeed. mestilahkan. takkan lak aku tiba-tiba nak bernafsu tengok breast. sangatlah tak normal. dah la kalau mak cik-mak cik kat kampung dia selak jer dikhalayak ramai pon.

sekarang ni bila diri sendiri breastfeed, kalau tempat semua perempuan i tak kisah. kau ade. aku pon ade. tapi kalau tempat terbuka semua kaum ade aku seboleh mungkin akan cari nursing room.

tapi bukan semua tempat ade kan. sesetengah orang bawak ebm. barulah boleh kekal vogue tanpa perlu pakai baju senang nak breastfeed selak menyelak dikhalayak ramai. tapi i tak pernah ade stock ebm. mak malas nyah. bawak fresh jer pergi mane-mane.-___-"

bila dah begitu pandai-pandai lah nak hidup. kalau tempat takde nursing room i akan cari tempat tersorok sikit dan ade tempat duduk. tapi pernah jugak duduk kat tempat tak tersorok langsung. tak de pilihan. susah la sikit sebab nak kena make sure semuanye tercover. walaupon pakai nursing cover tapi maryam ni kalau menyusu, tangan dia suka main-main. kene make sure tangan dia tak selak nursing cover tuh. so walaupon di khalayak ramai tidak lah senang-senang nak free show. still fully covered. setakat ni nampak orang-orang sekeliling muka takde perassan jer. takde lah buat muka jijik ke, geli ke. normal lah kan. mak tengah bagi anak minum susu. bangga ape boleh breastfeeding anak.

maryam ni dia jenis minum sikit-sikit tapi kerap. memang tak larat lah kan kejap-kejap nak cari nursing room, kejap-kejap nak cari tempat tersorok, kejap-kejap nak cari tempat duduk. sebab tu kadang-kadang aku malas bebenor nak duduk satu-satu tempat lama-lama. keluar lama takpe, asalkan pergi banyak tempat. boleh jugak breastfeeding dalam kereta.

lagi satu cara masa makan. biasanya kiteorang akan cari tempat hujung-hujung tersorok. bila duduk kan lindung ngan meja sikit so aku rase tak terdedah sangat.

Photobucket
sambil tunggu makanan, bagi anak minum kenyang-kenyang dulu

Photobucket
pelik ke tengok orang dalam keadaan macam ni?

biase je kan?

Photobucket
anak kenyang mak boleh makan dengan aman

Photobucket
bapak die?

aman sokmo~

hahah

Photobucket
keterliuran pulak tengok gambar food dibulan ramadhan ni

You Might Also Like

8 comments

  1. tak pelik lah..skang ramai org sedar akan BF in public..so if ade org rasa pelik..org itula alien di muka bumi ini..agagagagga

    ReplyDelete
  2. jgn rasa segan skg mmg ramai mummy dah feeding in publc :)
    permulaan yg bagus tuh.
    nnti x lah rasa kekok jer kan.. ;)

    ReplyDelete
  3. bby comel....elin pun follow yer..tq.

    ReplyDelete
  4. been breastfeeding my children since 2004. Dulu2 memang orang pelik tgk kita BF in public (tapi tengok breast budak2 pempuan terjojol2 takpe plak)

    Sekarang dah biasa. Saya pun guna nursing cover. dulu guna selendang je..sekarang ni masih BF my third baby. he's 9 months.

    happy breastfeeding :)

    ReplyDelete
  5. Azra dah terbiasa tak direct bf kalau kat tempat public sebab dari baby mama dia bekalkan ebm..hehe...malas nak carik tempat boleh menyusu...kalau stok habis, sanggup tu bf dalam kereta je pastu sambung shopping...

    ReplyDelete
  6. selalu farah bwk ebm. tapi bila malas nak pam susukan dulu iman dalam kereta. bila kenyang sennag nak jalan. hehe

    ReplyDelete
  7. farah ok lagi ada nursing cover. gee cover ngan napkin afeef jer hehehe. selamba :p
    tapi mmg selalu cari tempat tesorok la & selalu gi nursing room.
    bekenan la tgk nursing cover farah tu comel jer tu yg tak ingat tu nursing cover aritu hehe sbb dulu pernah dah tgk ada sorang blogger jual tu cam besar melampau mcm apron pulak huhu

    ReplyDelete
  8. tak pelik pun. nampak cute lagi ada la ngan nursing cover yg berbunge bunge tu

    ReplyDelete