spaghetti bolognese

holla~

hari ni nak share resepi spaghetti bolognese pulak. resepi yang sangat senang.fresh. dan sesuai dengan selere melayu i.hehe

spaghetti bolognese (2 orang makan)

200g daging (dicincang)
2 biji tomato. pilih yang merah (cincang)
3 sudu tomato puree (untuk warna merah dan rasa masam)
3 ulas bawang putih(cincang)
1/2 labu bawang besar kaler kuning(cincang)
sesudu mixed italian herbs (oregano, basil, thyme, parsley)
2 sudu sos cili
garam dan gula sebagai perisa

cara-caranya:
1. tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
2. masukkan daging, kacau sekejap, masukkan 2 cawan air dan tomato.
3.masukkan tomato puree, sos cili, italian herbs, garam dan gula.
4. masak sehingga pekat.

nak lebih sedap?

1.untuk selera melayu, saya lagi suka tamabah cili padi. hiris 3 biji cili padi.
2.boleh tambah sayur carrot ataupon cendawan. lagi cantik lagi banyak khasiat.
3. nak rasa lemak-lemak. letak keju bersama daging. ataupon tabur diatas sebelum makan.

tomato yang digunakan ni di cincang sahaja. tanpa buang kulit. sebab saya percaya ada khasiat yang banyak kat kulit. kalau resepi asal dia buat selaput nipis totato tu. caanya,

hiris bahagian bawah tomato tu sikit. buat bentuk tambah '+'. pastu masak dalam air panas sekejap. dia kan pecah sikit.senang la nak buang kulit.

You Might Also Like

0 comments