bulu mata i dah cantik

bahjet sungguh tuan blog. title pun dah bahjet

bulu mate pelesu orang german panggil


suka tengok orang pakai bulu mata palsu. pernah merasa lah jugak pakai 2,3 kali masa kawin itu hari. bila pakai jer terus ade perasaan 'aku lah paling cantik'. hehe

berat memang berat lah noks. tambah-tambah masa first time pakai masa akad nikah. bila buang jer terus rasa.

'wah, hilang beban kat mata!'

dah 2, 3 kali pakai dah tak rasa pape. dah rasa macam bulu mata aku memang semula jadi melentik panjang sedepa begitu. rasa tak nak buang sampai malam.=p

nak cerita pasal pengalaman pakai bulu mata ke mak cik? nonono..mak cik nak mengumpat.
kalo tak nak dosa sila jangan teruskan pembacaan.

*tapi mengumpat takde nama tak kira mengumpat kan?*

dua tiga hari lepas masa aku tengah menikmati keropok lekor di tepi pantai yang ombak nya super menakutkan, tiba-tiba ade segerombolan aweks muncul dari pantai.

maka sibuk lah pelayan lelaki dok try market. contoh ayat mengorat..

'feewiit..feewit..baju hijau..baju hijau..'

aku pon berkata kepada suami.

' ape lah pelayan ni. lari lah anak dara orang kacau macam tuh..rugi la kalau customer lari. behave la sket.'

*kedai kat tepi pantai tu banyak, so persaingan tinggi*

'mana u tahu? i rasa awek tu suka jer'

'kalau i , i g cari kedai lain'

tak sempat habis mak cik berkata-kata segerombolan awek tuh dah duduk dah kat satu meja kat kedai yang mak cik makan ni. adeh. bijok ah tok laki aku. respek lah memahami perasaan anak gadis. kalah aku! mungkin sebab aku dah mak cik sekarang.

stended makcik lah. kalau dah ade gadis mak cik suka lah cari kut ade yang hot. memang betul lah taste pelayan tuh. baju hijau tu paling hot.

'awek baju hijau hot tak bie?'

'isk u neh, kanak-kanak baligh pon belum. mana nak hot'

sebab aku membelakangi aweks-aweks tu aku dah malas lah nak usha. lagi pon naluri mak cik-mak cik aku neh menyampah. lagi pelayan tuh kacau, lagi galak dieorang ni. adakah aku jeles aku sudah mak cik jadi sudah tidak di kacau? oh tidak!

tiba-tiba suami bersuara,

' mak aiiihh..siap pakai bulu mata palsu tu~'

hamboih dik. agak-agak la kan. nak makan kat gerai tepi pantai jer pon. buka dinner kat hotel-hotelan. rasa macam nak g tanya jer,

'dik, angin kuat-kuat kat tepi pantai macam ni tak takut ke bulu mata tuh terbang?'

mak cik ni merana dok pegang hujung tudung sebab angin kat pantai ni memang lah kuat. tudung asyik berselak-selak.

makcik-makcik memang jaki tengok gadis hot. kan? kan? kan?

kata-kata jari,
Fabulous.Farah

You Might Also Like

6 comments

  1. hahaha aku suka tgk budak2 remaja skrang ni pndai sgt berfesyen, pakai bulu mata palsu... lawa je, rasanya kalau aku pakai gi kerja ari2 jadi remaja balik tak aku..hahaha

    ReplyDelete
  2. aku pernah try..mcm burung merak je aku rasa..hahaha!

    ReplyDelete
  3. adoi, seriously ada dia pakai bulu mata palsu? adoi, tpai mmg budak sekarang ni makin galak la. lelaki mmg dah sedia gatal kan. bila dapat lak yg melayan, sama naik la. my mom skang cite, kat sekolah dia ramai dapat cucu (kes anak luar nikah). mcm benda tu da common sangat. dunia nak kiamat. takut kan?

    ReplyDelete
  4. budak2 skang memang camtu farah.
    makcik2 macam kite ni dah uotdated. huhuhu.

    ada sorang kawan adik kite, baru tingkatan 4 dah pakai mekap2. full mekap plak tu! berdandan bagai. terlebih advanced budak2 ni.

    ReplyDelete
  5. hahahhahaha!!! lawak la, kalo bulu mata plsu dia tercabut dek angin kencang, memang aku gelak kuat2 depan muka dia, hehhe!! (takpe kalo kene penampo pon) huhuhuh!! :)

    ReplyDelete
  6. nape x amik gmb awek hot tu?:p

    ReplyDelete