hei lelaki, ko suke aku ke?

salah seorang daripada kawan rapat aku sekarang ni sedang dalam dilema. dia rapat dengan seorang mamat ni. bagi dia rapat lebih daripada seorang kawan. tapi dia takut la nak mengharap. nanti perasan sorang-sorang kan. aku sekarang ni tengah jadi tuan penasihat lah. tapi takut jugak kan. kut-kut salah nasihat kan aku pulak disalahkan.

bagi aku lah. diri sendiri jer dapat rasa seseorang tuh suka kita atau tak. kalau kita cerita kat orang. orang itu mungkin akan faham lain. so, hanya kita yang tahu. ye dok?

jadi sendiri mahu ingat la. contohnya

1. dia suka spending time dengan kita

-kalau chatting tuh, window tak pernah tertutup lah. nak berak pon cakap.
-msg dah jadi macam nadi. setiap saat. and ko pulak dah macam orang angau. sengeh sorang-sorang baca sms.
-dia sangat buzy sebab nak kejar dateline sampai diri tak terurus. tapi bila habis jer kerja, benda first dia nak buat adalah dinner dengan kita. kalau jauh, cakap fon ngan kita

2. dia start pikir masa depan dan kita ade dalam plan dia

-tak semestinya plan untuk kawen dan dia pikir kita ni pasangan dia. itu dah komfem-komfem dia suka.tapi bila dia ade invitation ke wedding ke, dia ajak kita kirenye hint dah tu.
-kirenya apa saja die buat dia nak kita terlibat.

3. ambil berat

-offer ubat seseme masa kite seseme *wink* wink*
-selesa meluahkan perasaan kat dia sebab dia melayan kita. (walaupon lelaki ni bab-bab masalah wanita dia pura-pura layan jer.takpe, asalkan dia berusaha)

4. mengetepikan priorities dia sebab kita

-wow. suka nye kalau saya jadi perempan ni. dulu setiap malam jumaat die akan lepak dengan kawan dia. tapi kalau kita ajak dia keluar malam jumaat tuh, dia rela tak lepak ngan kawan dia.
-ade jugak lelaki yang biasanya kedekut giler dengan kawan-kawan. maggi pon berkire. nak pinjam kereta pon susah. tapi kalau ngan kita senang jer ajak keluar. siap belanja KFC. contohnye kalau die tuh kedekut.

5. bagi dia kita lah tercantik

-walaupon dia pencinta wanita, suka wanita seksi breast besar, tapi dia buat kita tahu kita dah sangat cukup baik untuk dia.

6. orang kata kene ade chemistry

-aku pon tak tahu ape macam mana nak tahu chemistry ade ke tak. tapi untuk kami, aku rasa chemistry kami adalah kami berdua tak boleh berpisah dengan internet walaupon cara berbeza. aku giler blog. dia giler forum ngan facebook. dan kami suka usha wanita cantik. haha. boleh gitu deknon?

7. kita yang utama dalam hidup dia sekarang.

-dah tak ingat dah ex ke, skendel ke, bagi dia sejarah. kita pon ade sejarah kan. so jangan di ungkit-ungkit.
-layan kita special jer
-nak keluar berdua jer

8. kita dapat rasa die suka kita.

haha. jangan over konfident sudah.

dah dah. lapan jer dapat merapu. yang lain korang tambah la sendiri. tapi aku pelik ah lelaki ni. suka cakap je lah suka kan. apehal nak simpan-simpan. perempuan ni lain lah. pemalu. lelaki kan macho. camana nak jadi ketua keluarga kalau malu macam tuh. hehe. tak dok kene mengene ye?

aku lama jugak duduk dalam situasi teman tapi mesra ni. susah sungguh. nak feeling lebih-lebih kang takut perasan sorang-sorang. manalah tahu sekali lelaki ni memang layan semua wanita macam tu. merano mak! nak di ignore jer dia pergi cari lelaki lain tak boleh. dah suke sangat dah. so tunggu mak ni tunggu je la dek non. layan kan aje. naseb mak lah sebab dapat lelaki lambat bertindak. naseb baek last-last kawen!


so deknon diluar sana. bila masa dah sampai, ado lah tuh.bak kata nabil

'itu bukan musuh, itu jodoh~!'

You Might Also Like

2 comments

  1. oh gitu..tp mmg betul pun semua di atas aku dah alami...ehhehe

    ReplyDelete
  2. hehehe..sangat jelas ko sedang mengalami cik mimy..
    bahagia gitu~

    ReplyDelete