Wanita muda mangsa jangkitan terbaru H1N1

sorry lah. bukan nak cerita pasal tuh. mesti korang semua baca paper kan. so tak perlu lah bercerita panjang. bagi yang terlepas pandang sila click sini

so nak cerita pasal ape? blog aku mesti lah cerita pasal aku. ngahak hak

sape kat sini suka makan ubat batuk? sapa yang suka tuh bagus lah. aku kagum.

sebab aku tak suka. bukan ubat batuk jer. sebarang jenis ubat dalam bentuk cecair adalah tidak di sukai. kalau sakit yang kronik macam kalau tak makan ubat cecair itu akan mati baru lah aku dengan terpaksanya telan. kalau setakat batuk-batuk manja kadang-kadang jer keluar ni abaikan je lah. kita guna cara alternative orang lama-lama guna untuk hilangkan batuk. antara yang dah aku cuba

1) minum tea-mix suam-suam- kalau batuk datang menyerang minum ni, akan hilang lah batuk beberapa jam.

2) limau suam kosong- aku memang suka minum ni kalau tak batuk pon. so mungkin dah immune. macam takde kesan jer. tapi sedap. so aku minum jelah kalau rasa nak minum.

3) air asam jawa. macam untuk orang sakit tekak kan? aku tak sakit tekak. tapi aku buat jer. mana tahu hilang. lagipon sedap =p

4)perah asam limau nipis dalam sudu pastu tambah sedikit kicap. ni petua orang tua-tua. sedap woo~ rasa macam makan 'colek' buah. aku makan 4-5 kali sehari. sebab sedap.boleh la menahan batuk.

5) madu. kalau kat rumah sure mak aku suruh aku telan madu jer sampai lebam. biasanya berkesan. tapi kat umah aku ni madu macam tak berkesan jer. tak pure kut. ade kene mengene ke?

semalam aku dipaksa untuk ke klinik. (suami aku sangat kecoh pasal batuk ni sebab batuk ni mengada-ngada, akan keluar dengan sangat dasyat bila suami ade jer. siang-siang takde lah teruk sangat batuk)heh. paksa aku pergi tapi suruh aku pergi sendiri memang tak jalan lah paksaan itu. kalau ke klinik sebab batuk aku rasa membazir jer. sebab dah tahu dah doctor bagi ubat batuk. dan dah tahu dah aku tak makan nye ubat batuk tu. sebab aku tak pergi klinik pada siang nya, maka berlaku lah perbualan pada malam nya;

lelaki: baca tak paper harini?

perempuan: belum

lelaki: ade h1n1 kat kelate. HUSM. (sambil tunjuk kat laptop sebagai bukti)

perempuan: (baca)

perempuan: (berfikir)

perempuan: (dah mula rasa takut)

perempuan: errr..klinik tutup kul bapa malam?

lelaki: hahaha..u pergi la esok. bukan kene bayar pon. sambil-sambil beli lauk.

perempuan: hurm..tengok ah kalau rajen

lelaki: move your lazy ass! ( rekaan perempuan)

haish.. malas nye aku nak g klinik. aku takde pon symptom. tapi takut la juak.

You Might Also Like

1 comments

  1. wuu dah dtg balik kan penyakit tu...takut weeii...g klinik cepat2!

    ReplyDelete