3 bulan

alhamdulillah..akhirnya masa yang kiteorang tunggu tiba jugak. 3 bulan sudah baby saya. sangat bersyukur. berkat doa, doa family, doa kawan-kawan baby ni dapat survive dengan jayanya. dah pandai lompat-lompat, gulung-guling dan tendang-tendang. tapi nya saiz kecik lagi, so lemak saya terlalu tebal untuk merasa activiti tendang menendang tuh. gihihi. tak sabar nak tunggu 4-5 minggu lagi. nak rasa vibration kene tendang pulak.hehe

(mukaddimah kena lah behave sikit)

yeahhh..jom buat waka-waka dance~

dah boleh lah nak panjangkan langkah sikit. tapi still tak boleh nak mengekor suami sampai ke kerteh. degil betul lah suami saya. penat memujuk merayu menggoda segala. tak jalan. saya tetap kena tinggal. rindu nak lepak kedai kopi sambil makan nasi dagang murah RM 2.50 tapi sedap secukup rasa. rindu nak makan nasi lemak ikan tongkol sambal dia manis sedap.

perkembangan diri setelah 3 bulan??

memang berkembang dengan jaya nya. bila tengok cermin kadang-kadang tak nak percaya itu aku. so jangan tengok cermin selalu sangat kalau tak nak mengalami ketegangan jiwa. gahaha. ok tipu. walaupon orang kata muka donat. walaupon suami kata perut bulat. walaupon vontot yang memang sedia ade bersaiz besau semakin mengembang, mak tetap happy nyah. semakinbesau, semakin berselera aku makan. sampai mak kat kampung dah sound. jangan makan banyak sangat, nanti baby besau. don't worry mom, kalau tengok saiz badan anakanda mu ini, bukan baby yang serap zat-zat makanan ni, mok baby yang terlebih zat. gihihihi.

dan vitamin-vitamin pon doc dah tambah. i rasa seminggu lepas amik vitamain-vitamin ni semua semakin berkembang pesat pulak pengembangan. (tak nak mengaku makan banyak).

pening-pening dah kurang. erm. rasanya dah hilang sepenuhnya kut. kecuali lah aku lapar. bangun pagi lepas subuh, benda first kene cari adalah food. biskut kering ngan susu pon jadi lah. asalkan terus makan. kalo saja nak delay-delay masa makan nanti sila terima akibat.

perkembangan bapak baby nak tahu tak?

hahaha. makin berkembang pesat jugak. isk.isk. bahagia yer bie?? dengar khabar banyak seluar dah sendat?? betul ke? baguslah. kalo agak-agak belt rosak tengah jangan idok lah terlondeh kan? gihihihi

akhir sekali nak tunjuk bayang-bayang baby f the second. bila print out tak clear langsungkan. masa scan nampak cantik jer.

ni masa check hb. bila dengar hb dia rasa macam hb i yang terhenti.

see. tak clear langsung. teka lah mana kaki, mana tangan, mana kepala. haha

ni masa 11 minggu ++, yang 9 minggu ++ memang tak clear langsung. masa scan pon aku tak paham ape-ape, ape lagi yang print out.

itu saja. semoga jumpa lagi di next entry.

You Might Also Like

9 comments

  1. wah dah 3 bulan. alhamdulillah berjaya meniti hari-hari berkembang dengan jayanya. tapi jgn lasak-lasak sangat lagi...manja-manja jer boleh hehhehe

    ReplyDelete
  2. woot! alhamdulillah. :-)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah.. take care k.. heheh,...kite pun tak paham mase dr scan..yg paham cume gerak jantung jek..kekeke...

    ReplyDelete
  4. yang, its better tunggu 4 months untuk long journey. ok? sebab masa kite dulu, doc suruh tunggu sampai 4 bulan. seksa tau! tapi untuk baby, terpaksa la berkorban.

    yang penting, jgn angkat berat2. ok?

    ReplyDelete
  5. yeah! dah nampak rupe baby. teruja untuk u. walaupun dah lepas 1st trimester, masih kena jaga diri ye :)

    ReplyDelete
  6. samolah nga kak ila, kalu doktor tunjuk ni kepala, ni kakai tapi kak ila nampak hitam jah..dok paham setarang!!

    ReplyDelete
  7. moga semuanya berjalan dnegan lancar...
    :)

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah. wooot bukan suami ko yang degil..ko yang degil :P

    ReplyDelete
  9. blur scan tuh.xbrapo nk napok kecomelan baby.hahaha.
    semoga dio selamat sampai ke hari kelahirannye.aminn :)

    ReplyDelete