weekend

dari semalam aku dok mengarang tapi tak publish. akhirnya simpan kat draft sahaja memandangkan bosan dengan hasil tulisan sendiri. lagipon dah malas nak merungut. bila tak pregnant sibuk merungut bila nak pregnant. bila pregnant allah bagi dugaan sikit sibuk merungut.

saya perlu bersyukur. bosan pon bosan lah. jadi mulai hari ni saya akan menikmati masa-masa kebosanan tak buat ape-ape ni. udah-udah lah merungut.

tadi aisha dan azhani datang lepak kat rumah. so terhibur sekejap sementara suami keluar menyetelkan hal-hal rumah. bila diorang balik tinggal lah sorang-sorang balik.

bila weekend berat naik. sebab asyik makan jer. weekdays berat turun balik. sebab bila weekdays saya lalu makan malam jer. bila dok sorang-sorang semua makanan tengok rasa nak muntah. asal makan jer pening. jadi saya kurang makan di siang hari. bila ade orang teman jer baru makan banyak. mengada kan. so weekdays akan makan dengan jayanya bila malam jer. bila suami ade. makan malam lah yang gemuk sebenarnya. hik hik. ade sape-sape nak teman saya makan siang? (sambil jeling-jeling along)

saya juga gersang kekurangan kasih sayang sekarang ni. rasa macam tak dapat perhatian sepenuhnya. suami buzy dengan kerja-kerja rumah, nak uruskan makanan i and kerja-kerja dia. so mungkin masa nak beri perhatian kepada bini terhad. saya tahu dia penat nak uruskan semua benda tapi masih nak sentap-sentap. salah kan hormon mungkin?

eh. saya dah semakin nak merungut. isk.

dah.dah. mari kita cakap pasal benda lain. esok birthday suami. i ade plan something. tapi nampak macam tak jadi sebab saya golongan kurang upaya sekarang. dan tak tahu nak buat ape pon esok. mungkin wish jer. ala. tak best nyer.

haha. nampak nye semua benda berakhir dengan merungut. jadi terpaksa stop. malam ni lah update pasal aktiviti weekend. saya rasa weekend ni sepatutnya weekend yang best. sebab nya saya jumpa family, saya jumpa aisha ngan azhani, aizat datang (walaupon saya tido masa dia datang) so saya sepatut happy kan?

tapi macam tak happy jer. hormon kah? mari kita salahkan hormon.

owh. saya dah 10 minggu. lagi 9 hari nak g jumpa dr. seri. tak sabar+ takut!

You Might Also Like

5 comments

  1. 10 minggu dah? eh kejap je kan? insyaAllah ok tuh. mood swing time pregnant ni kan? ade je yg tak kena. hehehe..

    ReplyDelete
  2. ya betol! hormon tu yang salah. mari kita salahkan dia. Hehe.

    ReplyDelete
  3. ahkak tak sokong! hahaha... sila salahkan perasaan sendirik.. haha...

    sabo la farah.. 1st peknensi mmg mencabar sket..da la dok umah sorang2.. tapi kalo peknen ngan anak kecit berderet2 kat umah.. lebih mencabar rasanya..kan? sila tanya saya.haha

    *dulu sambut besday hubby masa lam pantang, suma akak order by fon je. org deliver depan pintu umah.kek.adiah.foods.best best buleh la try :-)

    ReplyDelete
  4. hahhaha betul-betul jagan merungut...

    ReplyDelete