selamat hari jumaat

ehem. ehem. ade orang rindu i tak?=p

semalam husband ade kat rumah. sebab dia mc. rasa macam weekend pulak bila die ade kat rumah. sebab dia ade kat rumah jadi malas nak mengadap screen latop. lagi suka mengadap suami kan. (woh ayat nak sweet sokmo) bukan hari-hari pon boleh bermalas-malasan ngan dia. biasa bermalas-malasan sorang-sorang.hehe

dah nampak dah kan ciri-ciri blog ni di masa hadapan bila sudah beranak-pinak. sure terabai.-_-"

suami balik awal sehari dari kerteh. die cakap khamis malam baru balik, tapi rabu malam dah tercegat depan pintu.

hari rabu tu aku puasa. dan badan sangat lah lemau macam tak de energy pon nak buat pape. tapi tak lapar. so dari pagi sampai petang aku tido jer. kalau puasa tu ade markah lulus dan markah lulus adalah 40, mungkin hari rabu tu aku dapat 35 markah jer, tapi lulus jugak sebab dapat markah kesian 5 markah sebab pregnant. haha! sungguh lemau. update blog pon tak mampu.

malam nya lepas bukak puasa ngan along lagi lah berganda-ganda lemau bila perut kenyang. macam nak demam pulak rasa. lepas sembahyang isyak, basuh muka gosok gigi memang dah ready nak tido sebab penat dan rasa nak demam. baring-baring sambil tengok tv.

kul 11 lebih ade orang tekan loceng rumah. along dah cuak (macam lah i tak cuak). ye lah. dua-dua gadis jelita lemah tak bermaya. macam biasalah, kalau ade orang tekan loceng i skodeng dulu.

tengok dari tingkap ade kereta kat garaj jiran.

husband saya!!!!

bukak pintu sambil menjerit dan gusti dulu 2-3 round. lupa sekejap tengah pregnant dan tengah bed-ridden. geram ok! RASA MACAM NAK SEPAK-SEPAK.TUMBUK-TUMBUK.LENYEK-LENYEK.

antara sebab mengapa aku lemau malam tu adalah kerana message suami dari petang tak berapa nak layan dan call pon tak berangkat. dah la rindu aku rasa tak sihat. makin rindu tak sihat jadinya.

rupanya tengah drive. baik lah. baik lah. surprise menjadi. lain kali buat lagi kalau nak wife anda terberanak depan pintu.

lepas jumpa husband boleh pulak demam terus hilang. siap boleh terus goreng keropok lekor makan sampai membuntal. tadi punyalah ready nak tido. huhu. cheese betul la husband saya.

hari rabu tu along beli labu sebab saya rasa nak makan labu. ingat nak masak lemak. tapi husband tak sihat semalam, tak nak makan lemak-lemak jadi sayur air sajor lepas tu goreng ikan. itu sajor.


sayur air labu, ikan tenggiri goreng

ni juadah berbuka puasa hari rabu. suami tak de memang tak berdayo nak masak nasi. along request nak spaghetti. jadi nya memang kena lah ngan mood orang bujang suami tak de.

letak shitake mushroom.

ni along punya. ni bukan makan spaghetti. makan sos spaghetti. spaghetti nya sikit sangat.huhu

You Might Also Like

8 comments

  1. spageti! yummy!!!

    mengantuknya hari ni...dah 18kali menguap neh. huhu~

    ReplyDelete
  2. by sampai skang tak leh makan labu yang dibuat sayur...tatau la kenapa. tp cekodok labu makan pulak. :D

    ReplyDelete
  3. heheh...sabajela. kalau i pun suspen gak. rupenye en suami ye buat surprise. :)

    ReplyDelete
  4. huu rajinnye puasa walau diawal2 preggy ni :) ni tak terstart lg puasanye huhu takut nnt tak larat/lembik je nnt isk2

    ReplyDelete
  5. akak pon jenis pemakan sos spagetti.. amik spaghetti sikit je.. nak sos banyak2 pleasee ekekeke

    ReplyDelete
  6. slm jumaat mek farah deh..bb sihat tak??eee

    ReplyDelete
  7. i loike kuah spagoti u buat!!!!nak lagi!!!

    ReplyDelete
  8. wah sedapnya masak..sayur labu tu ngeh..ngeh..ngeh

    ReplyDelete