Anonymous said...
aku kawen umur 22 dari mula saat itu aku menyesal sampai sekarang...aku menyampah ngan nasib aku!!!semua nih xadil langsung!!!org bujang gak senang!!!!knp lah aku kwen?knp mesti aku?knp?knp?knp?????klu lah aku blh bujang sampai mati kan bestt...
respond ni aku dapat masa menulis entry lepas . maybe belum cukup panjang lebar untuk orang faham. keputusan kita ambil untuk berkahwin adalah bukan keputusan yang main-main. seperti yang saya cakap entry yang lepas, kahwin lah kalau sudah ready. mungkin saya tak huraikan ape maksud ready.
sebelum berkhawin saya rasa kena betulkan niat kenapa nak berkahwin. macam saya sendiri, sebab nya
1. saya nak berhenti melakukan dosa. nak dapatkan hubungan yang sah. bergesel-gesel tanpa dosa. ngehehe. air sembahyang jer batal.
2. saya nak menjadi isteri kepada mohd faizal yang sah. nak menjaga makan minum. nak melahirkan anak untuk dia. nak bersama-sama membina family berlandaskan hukum islam. bila saya dah buat keputusan untuk bergelar isteri saya kena korbankan masa beronggeng bersama kawan-kawan. tapi bukan lah terus lupakan kawan-kawan. i ada had sebab i isteri orang. and i kene berhenti meng-compare diri dengan orang bujang sebab sudah bertukar status. semua kena fikir suami dulu. ingat senang ke? awal-awal berperang jugak. sebab kadang-kadang saya lupa saya dah isteri orang. tapi my husband tak de lah mengongkong sangat dalam hal ni. as long as tak melebih-lebih.
saya rasa tu je lah kut sebab. yang ke dua kita kene lah tengok juga orang yang kita nak kahwini. bukan boleh sesuka hati kenal 2-3 hari terus nak ajak kawen. saya rasa 2-3 bulan pon belum tentu cukup. tapi tak perlulah upah penyiasat segala. ape yang saya tengok pada husband saya.
1. agama dia. bila saya first time suka dia, dia student final year yang biasa-biasa saja yang tiada arah tuju hidup lagi. bukannya sudah bekerjaya macam sekarang. saya suka dia bila seorang kawan saya cakap dia kalau berjalan ke mana pon mesti cari masjid or surau untuk sembahyang. bagi saya masa tu, saya tak nak pak aji or lebai. tak tinggal solat pon dah cukup. benda-benda lain kita korek lepas tu.
walaupon kalau pasal agama saya tunggang terbalik, tapi kalau pasal cari pasangan nak jugak yang at least ada asas agama. dah lah kita separuh sesat, kahwin ngan orang sesat lagi tunggang langgang lah hidup. so saya nak orang yang boleh membimbing saya. sebab tahu tak mampu nak bimbing orang. lagipon mak saya cakap susah nak ubah orang, tapi saya tahu saya mampu diubah. dalam resume saya tulis saya 'fast learner'. ngehehehe. saya perlukan orang yang betul saja untuk membimbing saya. yeay. saya jumpa!
2. perangai dia saya suka. perangai yang baik lah. biarlah i simpan sorang-sorang ape yang saya suka. nanti ramai pulak dok try masuk line jap lagi. tak pasal-pasal saham meninggi aku yang terancam.
macam mana nak tahu perangai dia? kalau kenal sebulan dua saya rasa belum cukup kenal. perangai sebenar memang lah keluar lepas kahwin, tapi kalau 2-3 tahun kenal tuh dah boleh dah menilai perangai boyfriend sendiri. kalau suka teruskan. kalau tak suka cakap bye-bye. tapi jangan ingat kalau baru kenal 3-4 bulan tak boleh kahwin. urusan jodoh semua tuh. bagi saya risiko. tapi kalau nak tanggung risiko sila. semua pon dah ditetapkan kan? lagipon kami jarang jumpa, jadi memang mengambil masa nak kenal kut, kalau jumpa hari-hari boleh kenal dengan cepat kut. ye ke??
ade yang memilih rupa dan harta benda yang utama.
rupa tu penting jugak. biarlah sedap mata kita memandang. sebab nak muka ni lah yang kita nak mengadap hari-hari. janganlah sampai tahap bila nak beromen kena tutup muka dia sebab tak lalu nak tengok muka. tapi kalo cari pasangan sebab rupa sahaja haruslah diingat, rupa tu bila-bila masa pon allah boleh tarik balik. tiba-tiba bangun pagi muka senget dah tak handsome nak mintak cerai ke?
harta penting *ehem*. tapi tak semestinya kalau harta banyak kita boleh bahagia. tengok contoh nora danish. tapi jangan risau, kalau kahwin dengan orang kaya bila bercerai mintak lah duit banyak-banyak. pastu kahwin lah ngan lelaki yang betul-betul kita suka. hehe.ok-ok. serius. serius.
bagi saya tak perlu lah berharta sangat. tapi jangan lah merempat sangat. sederhana boleh menanggung kos perbelanjaan harian pon dah ok. dulu saya tak ambik pusing sangat pon pasal ni, sebab saya fikir saya pon boleh kerja nak tanggung family kan. asalkan suami bekerja pon dah cukup. tapi saya tak nak suami yang gaji or kelulusan rendah dari saya. sebab saya takut saya tak boleh respect dia. ade sesetengah orang boleh jer. tapi saya takut. so baik jangan kan? dan sekarang, begini lah saya. house maker bak kata doc danial. jumpa sapa-sapa pon memang semua terkejut.but kalau dah ditakdirkan i terima dengan hati yang terbuka senyuman yang lebar.ngehehe
yang diatas tu adalah pendapat saya yer. kalau setuju sila click komen kalau tak setuju pon click situ jugak. hurai kan hujah anda.. hehe. buat masa ni i happy dengan perkahwinan i. dan i tak rasa i buat keputusan yang salah. esok lusa kita tak tahu kan?
tapi ramai jer bahagia walaupon tak meletakkan agama sebagai pilihan no 1, walaupon tak kenal pasangan 2-3 tahun. semua tu jodoh kan. dan manusia boleh berubah. ikut gerak hati kita. selalu berdoa kepada allah. hanya dia yang tahu apa yang terbaik untuk kita. restu parents jangan lupa. hehe
18 comments
ala itu kata orang. kalo ikut kata hati kita dengan tenang. kita jaga semua benda... ok..
ReplyDeletemasalah ke apa. tu biasa. as a human being kita tak lari dari masalah dan salah.
aku doakan ko bahagia hingga akhirnya :).
manusia kalau boleh nak doakan yang buruk je. pelik aku. Eh panjang pulak. macam nak buat entry :P
hmmm..yang part tak berharta sangat tu aku sokong...:)
ReplyDeletekaya pon,kalo tak bahagia,xda maknanya..
so,bersederhana lagi bagus..
sama, nida pun kalau boleh biarlah suami pendidikan lebih tinggi or setaraf..seronok sebenarnya disayangi dan menyayangi
ReplyDeletei setuju semua :D
ReplyDeletekamu bukan minah moskito yang saya kenal.
ReplyDeletekamu bukan pudina hitam kebudak-budakan yang saya kenal.
saya tidak kenal kamu lagi tapi saya tahu kamu bahagia.
kerana kamu mek parah.
walaupon aku tak kawin lagi..dan akan kawin tak lama dah..aku setuju semua yg ko ckp tu magh..1st aku trima tunang aku ni pon sbb aku selalu dgr dari kawan2 dia..psl solat tak tinggal..dan psl harta..pendidikan tu pon betul..mcm skrg..dia dpt keje lagi bagus dari aku..dan family dia pon kira setaraf ngn family aku..kami dua2 bukannya kaya raya dan bukan papa kedana..tp sederhana.. wah..kira samala ngn ko magh..harap2 aku pon akn bahgia mcm mung..kecuali dia tak sama negeri ngn aku..kena fight psl balik kg time raya kutt nnti..hihihi..
ReplyDeletekak. saya. nak. kawen.
ReplyDeleteentry akak ni membuatkan saye positif nak kawen. kalo niat tu dari awal nak kawen, nak elakkan maksiat, mesti dipermudahkan urusan...
nakkawennakkawennakkawennnn~!
samalah ngan akak dulu, semayang istikharah sokmo minta ALLAH kurniakan suami yang baik & alhamdulillah, doa kak ila termakbul..walupon xperfect tapi dialah yang terbaik;)
ReplyDeleteso sape kata kahwin awal rugi??
bai: tu lah ikut hati. xpenting awal ke lambat sebenarnya. yang penting kawen=)
ReplyDeletenieda; memang best terasa diriku begitu berharga=p
ReplyDeleteira: kan, seme benda pon kalau bersederhana memang bagus. =)
ReplyDeletejambu golok: huhu..siapakah anda? hehe..tapi saya still mek parah yang dulu~
ReplyDeletealyyani: tq.hehe=)
ReplyDeleteina: hehehe..kalo dah ready ape salahnya=)
ReplyDeletenotty;hehe, xdok hal lah negeri lain..ape yang penting..kerjasama!
ReplyDeletekak ila: memang susah nak cr hok perfect. tapi mesti ade hok terbaik untuk kita kan. tes. kawen awal rock~ hahaha
ReplyDeletekahwin ni adalah saling lengkap melengkapi, biarlah suami kita tak berapa hensem pun, harta sederhana asalkan hati senang dan bahagia. dan untuk dapat kebahagian tu ler kena terima diri masing2 seadanya, kalau suami tak cukup A kita tambahlah ler A tu, begitu jg dgn kita kalau tak cukup B, suami tambah ler B tu begitulah seterusnya. Paling penting reda dengan apa yg Tuhan bg kat kita sebabnya dia yg lebih tahu apa yang terbaik dgn kemampuan kita. Akak selalu fikir macam tuh...
ReplyDeleterynas: betul kak =)
ReplyDelete