bertekad untuk masa depan=p

baru-baru ni i berkenalan dengan seorang kakak, di sebabkan anak dia ramai and anak dia besar-besar i ingat umur dia dia akhir 30-an. tapi sebenarnya dia muda lagi, baru awal 30-an. naseb baek tak panggil mak cik. heh! dan dia seorang suri rumah.

kat rumah kami, ramai student yang sewe rumah. budak nursing dari simedarby college. ade lah kenal sorang dua yang selalu pergi semayang terawikh. nampak sangat kanak-kanak lagi so i assume dieorang baru habis spm terus masuk ini college or paling tua pon maybe 20 tahun. dua tiga hari lepas seorang dari mereka tanya umur i, so sebagai langkah berbudi bahasa tanya lah umur dia balik. dia suruh teka and i teka 19 tahun.

melompat kegembiraan beliau sebab umur dia sebenarnya 22 tahun. and kawan dia umur 23 tahun. heh!

beza umur kami 1-2 tahun jer~ kalau mengikut perkiraan saya kalau setakat beza setahun dua adalah sebaya. tapikan..tapikan..dieorang nampak sangat mudaaaa. kalau tengok dari rupa cakap beze 5-6 tahun pon orang percaya lah! (insert muka menangis kat sini)

haiiyyyoo..kenapa cepat sangat matured sebelum usia nih. adakah kerana faktor pasangan? ahaks. no offense bie.=p tapi die lelaki. die akan berhenti menua bila 30-an nanti. perempuan pulak akan terus tua di mamah usia. venci!

faktor duduk rumah eh? orang cakap masak buat muka nampak tua. hurm. dan tangan pon memang lah tak semengah. dah rasa kasar dengan parut terpercik minyak luka kene pisau, warna kunyit dan sebagainya. hurrm..

orang badan saiz besar memang nampak cepat tua. kalau gemuk lagi lah kan. tapi tengah pregnant tak kan nak badan ala-ala model. ok. kita lupakan saiz badan sampai awal tahun depan. jangan menambah pressure.

pertukaran image. dari kurang sopan kepada lebih sopan. kalau berpakaian ala-ala zaman belajar dulu adekah menghentikan proses penuaan. saya rasa tak. hehe. tua tetap tua. baju membalut jer. (menangis lagi)

akhir sekali memang di takdirkan muka matured awal. memang dari kecik orang cakap saya kakak and along adik pon. so memang dari kecik matured sebelum usia. ( menangis buat sekian kali)

last week, masa berjalan-jalan kat mid valley saja bergedik buat test. dia scan kulit muka tengok problem. masa pregnant ni i rasa kondisi kulit muka adalah sangat kritikal. ngan jerawat naik secara berjemaah nya lagi. haih. tapi resultnya sangat menyenangkan hati. kulit i tak de masalah selain minyak yang boleh perah buat masak kat t-zone. bintik hitam tak de lagi and garis-garis halus tanda penuaan pon tak timbul lagi. yeaahhh! boleh senyum bangga kat husband. owh. mestilah semua tu tak de lagi. tapi sebab die tengah nak promote barang dia, so promoter tu dok sibuk lah mengayat suruh beli product dieorang. dieorang cakap dah boleh start pakai walaupon tak de masalah lagi. prevention orang kata.

sebetulnya, i tak mengamalkan penjagaan kulit dengan betul pon. benda yang kat muka yang memang hari-hari dipakai adalah hanya pembersih muka ngan toner. scrub wujud dalam bilik air, tapi pakai bila rasa rajin, and krim muka pakai masa keluar rumah jer. tu pon kalau rajin. kalau malas keluar rumah kulit muka bogel jer. sun protection pon tak pakai walaupon ade. pakai kalau ikut husband pergi kerteh jer. sebab mengikut teori saya tepi pantai sangat panas jadi kalau tak pakai nanti hangus. hehe. so terpaksa pakai. moisturizer pon tak pakai sebab rasa macam berminyak. lemoh kan? eye gel ke.. serum ke.. lagi lah kirim salam. tak tahu fungsi pon.

lepas 2-3 hari dok buat pertimbangan nak tambah tak set penjagaan muka ni memandangkan biasa memang i suka membeli, tapi pakai nya idok. nanti barang tu expired tak bersentuh pon sebab tuan blog ni memang lah super malas. akhirnya semalam nekad.

"toner i habis. nanti nak pegi beli toner"

"nak habis sangat ke? nanti i je lah pergi beli masa balik kerja"

"tak nak. i nak pergi sendiri. ade something nak beli"

"something ape?"

"ade lahhhh"

i pergi beli sorang-sorang sebab tak kasi dia ikut. sedang dalam proses membuat keputusan lagi. die ikut kang jadi lain pulak.

" duit u bagi tak cukup. i tambah duit i"

" u beli ape? banyak kan lebih sepatut"

"product anti penuaan"

dan die gelak guling-guling. kuhwang ahsam.

pagi ni,

lepas basuh muka start tempek-tempek muka. biasalah kan. barang baru semangat la sikit. tiba-tiba ade suara bersuara.

" tak tua-tua la nanti wife i"

menganyimmmmmm!!!

heh..xpe. nanti 4-5 tahun u vangga ade bini muda muka berseri-seri. haha. koya. baru sehari pakai. tengok-tengok esok dah malas.=p

You Might Also Like

7 comments

  1. sila la pakai. 5 tahun nanti siapa tahu bolek jadi adik balik :D. org sekarang makin ada anak makin ngetop u...hehehe

    ReplyDelete
  2. farah, akak yg mane 1 yg awl 30 an tu?

    faizal pun gee ajak gi beli bedak compact dh abis, dia kata xpyh, biar dia gi beli sndiri jer blk keje..bg brand n color code jer hehe..saje je xnk bg org memilih2

    ReplyDelete
  3. haahahahh...farah same with me la. mula2 tuh kemain smngt dok hadap cermin lama2 dok tempek benda alah gitu/ tp lama2 dah malas. :D

    tapi sebenarnya mmg elok kan. untuk diri sendiri dan utk suami juga. :D

    ReplyDelete
  4. kene cantek utk suami selalu....

    ReplyDelete
  5. hahaaaaaaa..bagus2..i pn nk pakai gak la nnt2..

    ReplyDelete
  6. mcm2 produk kt pasaran ni, rajin dengan tidaknya..
    sabar aje dpt suami yg suka kenakan kita

    ReplyDelete
  7. farah, tergelak la pulak akak bc n3 awak, hehe..my mama said apa yg kita tepek kat muka kita masa 20-an dan awal 30-an ni akan nmpk resultnya masa akhir 40-an, awal 50-an dan seterusnya. Living proof my own mama, she's 51, cucu 5, i'm her eldest (31), kalo org x kenal dia ingat anak kecik lg, ingt i ni adik bongsu dia(huhu)..

    so nasihat akak-rajin2lah tepak benda alah yg dah dibeli tu..bak kata bai (komen plg atas tu), makin ramai anak makin ngetop,(perasan diri jap ngetop!)hahaha..!!
    baru-baru ni ada gak org ingt i ni br 26thn..(maybe coz muka pun ada jerawat2 sikit nmpk muda ke, huhu)

    ReplyDelete