sumpahan kek

masa kecik i suka kek butter yang tak tambah ape-ape tu. awoh selalu buatkan. makan panas-panas sedap. biasanya sebelum sejuk kek tu dah tinggal sikit.

bila dah besar sikit, saya nak tolong awoh buat kek tu. tolong sikit-sikit jelah. akibat nya kek tu naik atas jer. bawah xnaik. macam mampat kat bawah. pelik sebab biasa-biasa awoh buat ok jer.

lepas tu dah kurang makan kek sebab diet. sebab tak suka makan jadi tak suka masak. suatu hari mak amik resepi kek coklat dengan kawan dia. kek tu sangat sedap. setiap kali raya or birthday sape-sape mak buat kek chocolate tu.

tapi tak pernah pulak saya tolong mak saya buat. sebab die buat kek malam2. pagi boleh makan.

bila saya dah bercinta, saya nak buatkan kek chocolate untuk boy friend saya. sebab saya nak dia rasa air tangan saya, saya cakap kat mak saya saya nak buat kek sorang-sorang. semua saya buat. tapi die guide la. hasil nya? kek tu tak masak-masak. bergelegak akhirnya keras kekung dalam loyang. akhirnya buat puding jer bagi kat boy friend. pudding sangat susah tak jadi. naseb baik bf saya merangkap husband sekarang ni suka pudding. tapi moist chocolate cake pon dia suka jugak.

dah 2-3 kali cuba buat cup cake. tak jadi. =(
hari ni buat kek chocolate. bahan kek dah lama beli sebab nak buat kek for husband masa birthday dia hari tu.

resepi google.

cari yang guna gram, tak guna cawan sebab kalo cawan kadang-kadang tak tepat sangat.

ikut step by step.

refer dua tiga resepi jugak. compare sebab takut resepi salah.

hasilnya?

mungkin orang yang terer buat kek akan gelakkan saya. hahahaha

tapi kan. tapi kan. tapi kan. ni adalah hasil paling baik dalam sejarah maghfarah terlibat dalam activiti buat kek tanpa ilmu di dada. (cuba bayangkan betapa teruk nya kek-kek saya sebelum ni)gahaha

orang kata. practice makes perfect.

saya kata, bie jangan muntah makan kek sampai i jadi buat kek.

You Might Also Like

13 comments

  1. hahaha..tak tahu la bai..rasa macam dah ikut resepi satu-satu..

    ReplyDelete
  2. slow2 lama2 mesti expert..saya pun x pandai wat kek

    ReplyDelete
  3. Mungkin rupanya huduh tapi rasanya sedap. Haha! Statement nak amik hati. Hihi. Takperlah Farah. Kalau seme org terer buat cake, sapa plak nak beli kek kat kedai.

    ReplyDelete
  4. ehehehe...ok la tuh kotttt pada pandangan org hok x pernah lagi baking cake nih.:D

    rupa x penting yg penting rasa. :D

    ReplyDelete
  5. farah,org tua2 cakap klu pandai masak lauk2 mesti tk pandai buat kek..mungkin betul kot..farahkan pandai masak lauk2 sedap2 hehe..

    samalah im pun tk reti buat kek..setakat kek batik bolehlah tupun tak cun hehe..

    ReplyDelete
  6. tul. practice makes perfect. nnt cuba lagi

    ReplyDelete
  7. yah..ade rupe kek..tahniah!!:p

    ReplyDelete
  8. lady sangat tak pandai buat kek huhu

    ReplyDelete
  9. kekekee..alaaa...okey aa tu..rupa kek jugak..xde rupa ketupat ke ape.hihihi!

    ReplyDelete
  10. oh tak per Farah u hebat dalam memasak lauk pauk ni.

    ReplyDelete
  11. farah, me baru dpt hadiah oven! yeay! nnt me nak try la buat kek! hehehe...

    ReplyDelete
  12. heheh.. lawak la. hubby la kena makan walau tak jadi ye. 1 kek je alya reti buat. moist choc cake yg masak dalam microwave. campak2 je then siap. tp ni dah lama tak buat. hmmm so kira tak terror dah la kot. huhu

    ReplyDelete