seluar best


gambar ni di edit giler-giler sebab gambar asal adalah sangat gelap. motif upload gambar yang giler tak berkuality ini adalah kerana pelik mengapa aku sangat pendek dalam gambar ini.

ok. kembali kepada cerita

sebab balik kampung hari tuh dalam keadaan tergesa-gesa makanya aku hanya sempat mencapai skinny jeans. walaupon skinny jeans tu tak de la membungkus sangat tapi adalah tidak sesuai memakai skinny jeans untuk pergi melawat atok dan nenek di kampung. sungguh janggal rasanya.masa muda belia tak pe. sekarang dah bini orang.

jadi masa kat kelantan sempat merembat sehelai seluar ala-ala seluar pregnant yang memang selesa habis. dan semestinya sopan habis. kalau sape mengutuk mak tak sopan tuh memang nak kene sekeh.


selese nyah pakai seluar ni. ringan bangat. rasa macam tak pakai seluar. mak suke~

masa amik gambar ni, rasa macam ok. so aku pakai je lah dengan penuh yakin. sekali bila jalan-jalan kat MesraMall tengok cermin rasa macam emak-kepada-beberapa-orang-anak. besau nye aku.

dan risau jugak nanti jumpa orang kenal dia tanya 'ko pregnant ke?'

dah la muka dah membulat bagai.

cermin ni memberi efek kurus

kesimpulan nya walaupon seluar ni best, tapi simpan la dulu dalam almari sampai semua seluar lain dah tak boleh pakai. nanti orang salah faham. T_T

You Might Also Like

2 comments

  1. hehe..seluar cenggitu mmg sesuai sgt tuk org peknen..hehe..tp akak sllu je pakai skrg ni..^_^

    ReplyDelete
  2. huhuhu..tunggu pegnant br pakai balik
    =p

    ReplyDelete