aku tak tahu lah kenapa wiken ni aku macam malas penat semacam.
semalam bangun kul 11! malam nye aku bukan tido lewat pon. walaupon bila suami keluar merempit adalah peluang aku berblog hoping sepenuh hati, tapi mata sangat mengantuk sampai tido tak semayang isyak. bila suami balik kul 3 kejut suruh tido dalam bilik, rasa macam nak mengamuk sebab terlalu mengantuk, pastu bangun kene semayang dulu baru boleh tido balik.
*sapa suruh tak semayang awal-awal*
bangun jer dari tido, mandi-mandi. kul 12 baru siap. hajat dihati nak shake. tapi kene jugak masak untuk suami. owh. pagi tu awal-awal dia dah bangun sebab dia ade tournament pingpong. baru lepas letak garam kunyit kat ikan, dia balik cakap dah kenyang. hurmm..nasib baek tak sempat tanak nasi lagi. simpan balik ikan dalam peti. takde maknanya aku nak masak nasi sebab nak makan sorang. shake lagi bagus.
champion tuh!
ok. dia ni sebenarnya hebat kalau bersukan. tapi masalahnya dia sangat malas nak bersukan.
petang kami bermalasan-malasan. tak keluar sebab petang ada tetamu nak datang.
suami bertanya,
'nak masak ape untuk tetamu?'
'hah? perlu masak ke? beli satey dah la..'
buat ape dok kat kajang kalau tak nak hidangkan satey kajang kat tetamu kan? ok. sebenanarnya satey beli kat cawangan dia kat bandar baru bangi jer. so takde kene mengene duduk kat kajang dengan satey. tapi isteri terlalu malas nak menggerakkan her lazy ass. so beli satey adalah yang terbaik kan?
makanya itulah dinner untuk sabtu. malam nya suami mahu keluar lepak dengan kawan-kawan. tanpa tunggu diajak, si isteri dah menolak.
'u keluar sorang la yer. i ngantuk ah. nak tido.'
*ok. malam ni dah belajar dari kesilapan, sebelum tido semayang dulu*
sedar bila suami balik tengok jam nak kul 1. hurm. cakap nak keluar minum kejap. kul 1 kejap apenye. malas nak memanjangkan cerita. mahu tido jer. mata mengantuk. basuh-basuh muka dan gosok gigi. bila tido atas katil mata keras tak nak tido. damn la mata. suami disebelah dah tido. hurm. walaupon semalam hujan, tetap tak boleh menurunkan suhu malaysia kan. tetap panas membahang. tetapi terlalu malas nak pasang ekon. dan juga terlalu malas nak g ambik laptop kat luar walaupon mata tak mengantuk. jadinya redha jer atas katil tu sampai tido.
esoknya pukul 530 pagi dah sedar.hebat giler. boleh awet muda macam sarimah kalau hari-hari macam ni. tapi tak tahu nak buat ape. bukak tv takde rancangan menarik lagi. tapi bukak je lah memeriahkan suasana. pastu baru mengadap laptop sampai pukul 745 baru sediakan breakfast.
suasana pagi. kene tambah lagi satu kipas sebab malaysia panas sangat sekarang ni. kipas atas tak membantu. kene direct kene badan barulah sejuk.
pastu beria-beria nak tunjuk kat suami versi budak lelaki gemuk yang ade kat blog hanis zalikha tu. tapi habis loading jer tengok-tengok dia dah tido. akhirnya aku yang layan tengok video hanis zalikha bagi tips rambut cantik tu.
teruja disitu. tengok aksi dia yang comel beberapa juta kali. sampai bosan. pastu cakap. hurm kalau dulu. kalau kawan-kawan aku cakap slang semacam macam ni sure aku menyampah. kenapa hanis zalikha aku suka? sebab aku suka. lalu tutup ah window dia. kita update blog.
jadi terhasil lah entri ini. sila doakan malam ni aku masak bende yang senonoh sikit. baru rase macam wiken. jangan berlagak konon seorang yang buzy bekerja sampai masak pon simple nak mati. -_-"
2 comments
bakpo dok g jenjalan..akak dulu masa awal2 kawen lagu tu juga, dakpolah farah nanti dah ada anak mesti tak menang tangan;)
ReplyDeletebereh minggu depan i ge nyepa rumoh u, u soh ah abeja g mnum2 agi. boleh kite gosip gosip gosip haha
ReplyDelete