mee rebus sungai dua

bahan-bahan: (2 orang makan, mee kuning 250 g)

kuah:

bahan kisar:
1/2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
segenggam udang kering
sebatang serai
1 cm halia

lain-lain:
3 sudu cili kering kisar
2 sudu serbuk kari daging
4-5 biji kentang (rebus, buang kulit, lenyek)-kalau ade keledek boleh campur keledek jugak.lagi manis
10 ekor udang- untuk air rebusan udang (buang kulit dan kepala, kulit dan kepala udang di goreng tanpa minyak, lepas tu masukkan air, rebus sekejap, blend semua, tapis amik air sahaja)
1 senduk sos cili
1/2 senduk sos tomato

hiasan:

isi udang yang direbus tadi
tauhu di goreng
sawi celur
taugeh celur
bawang merah goreng
cili merah potong
daun bawang
telur rebus
asam limau

cara-cara:

1. tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau, masukkan cili kisar kacau lagi sehingga pecah minyak, masukkan serbuk kari, kacau lagi sehingga naik bau.
2. masukkan kentang, sos cili, sos tomato dan air rebusan udang.
3. kacau. kalau nak cair tambah air lagi. masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. celur mee, hias dengan bahan2 bahan hiasan

selamat mencuba

You Might Also Like

0 comments