tak makan nasi kenduri pon lagi

suka cuti sekolah tahun ni. sebab nya banyak sangat dapat jemputan. jemputan suami dah berkurang, tiba masa rakan seusia saya pulak berlumba-lumba buat majlis kahwin.

kawan baik yang wajib pergi 3 orang kahwin. kak yu, anis dengan ada. tapi kawan sekelas masa sekolah rendah, sekolah menengah, UTP kalau yang dekat-dekat semua saya nak pergi. saya dah buat perancangan nak berjauhan dengan suami seminggu semata-mata nak pergi kenduri dieorang.

saya suka ke majlis kahwin. sebab saya suka makanan. tapi bukan nasi minyak la. kalau kat kelantan nasi puteh biasa jer. nak makan gula buku besar daging (tapi sekarang sebab bukan hidang orang dah hiris kecik-kecik), nak makan dalca, dan paling penting sambal kenduri sedap.

haha. bukan nak tengok pengantin sangat pon. saya nak makan. ngehehehe.

tapi semua rancangan tak menjadi. huhuhu. tak de rezeki nak makan nasi kenduri. orang lain semua buzy pergi kenduri, aku dok jer kat rumah tengok kat fb.

yang pergi majlis kahwin aku lagi lah aku rasa bersalah tak pergi majlis dia.

hurmm..tapi nak buat macam mana. keadaan tak mengizinkan. tolong lah kahwin lagi sekali. eh

lagi rasa bersalah adik ipar tunang tak boleh balik pon. suruh suami balik pon dia berat hati. lagi pon mertua call cakap tayah balik takut jadi pape susah. hurmm

tadi rasa macam nak copy gambar kahwin kawan-kawan kat fb nak upload kat sini, tapi bila dah menaip rasa malas la pulek.

papepon, kepada kawan-kawan yang telah selamat berkahwin semoga berbahagia hingga ke anak cucu. sori sangat-sangat tak boleh menghabiskan gulai kawah memeriahkan majlis.

kepada yang kahwin lepas-lepas ni, tahun depan, jangan segan silu ajak i. i adalah pemburu majlis kahwin. memang i akan serang. sedih bila tak boleh pergi tahun ni. tak pe, ramai lagi kawan yang tak kawen. huhuhu hujung tahun ni pon ramai jugak mahu kawen. termasuk lah adik ipar. bagaimana kah keadaan aku masa tu? masih mampu kah nak menapak ke majlis kahwin?

makanan kenduri kampung husband saya best. sebab ade menu lain dari yang lain. masa saya kahwin dulu ade masak lemak cili api perut campur keladi. tapi sebab masa tu saya pengantin saya makan secara malu-malu walaupon sedap. tapi bila adik ipar kawin tahun lepas, amik kau, satu mangkuk besar aku rantah. masa tu dah pengantin lama. malu-malu dah tak de. eh. tiba-tiba rasa nak makan.

ade sape-sape nak tapau kan food kenduri hantar kat rumah saya?

naseb baek sehari sebelum bleeding dah makan nasi minyak rumah macha bertambah-tambah. tu kira cover semua nasi kenduri yang saya terlepas sepanjang musim cuti sekolah ni.

You Might Also Like

6 comments

  1. lauk kenduri sedap kan.. i kalau pi kenduri tercari2 ayam masak merah dgn kurma daging

    ReplyDelete
  2. aku nya turn tunggu lagi 5 bulan ek..sabar

    ReplyDelete
  3. nasi kenduri best!!!! daging itam best!!! lembu best!!

    ReplyDelete
  4. lauk kenduri lain....extra sedap ;)

    ReplyDelete
  5. kalau kenduri lauk masakan kampung tu, alahai sedapnya..

    P/S: Thanks for joining my giveaway ya!

    ReplyDelete