dalil cinta

aku rasa cerita ni memberi kesan yang mendalam kepada aku. at least untuk dua tiga hari ni. haha

suami isteri ni saling melengkapi orang kata. tapi aku rasa aku kurang menyumbang. suami yang banyak melengkapi aku.

masa tengok cerita ni aku rasa macam tengok perangai sendiri versi teruk giler. aku baek siket la. sebab tu drama dia nak bagi kesan dramatik. tuh yang melampau-lampau.

masa tengok cerita ni suami asyik cakap, 'yang, sama macam u'

macam tu la kut aku lebih kurang masa mula-mula kawin. hehe. tapi bezanya aku ade usaha nak buat. dalam cerita tuh memang awal-awal tak de usaha nak berubah. tapi sebab tak biasa buat kerja rumah agak kekok la jugak. di tambah pulak dikurniakan suami cerewet.

semua kerja rumah yang aku buat dia tak puas hati. paling berguna lepas aku kahwin ni aku basuh baju dengan cara yang betul. walaupon guna machine. suami ajar okeh! dulu masa belajar aku akan kumpul baju seminggu, pastu bila wiken cari duit syiling 50sen 4 keping pastu humban dalam mesin. semua baju. tak kira la kaler ape, material kain ape, bra, jeans, t-shirt semua dalam satu machine. haha. senang kerja aku!

kerja-kerja rumah lain tuh dah makin ok la siket. hehe. buat hari-hari takkan tak biasa lagi kut.

masa awal-awal kawen kalau suami outstation aku tak sentuh pon barang dia. sebab aku tak reti packing. baru beberapa bulan jer ni jer aku start packingkan barang dia. tu yang hari tu dia tertinggal baju kerja. hahaha. sabar yer bie. saya budak baru belajar.

bab bangun pagi memang sebijik dalam cerita tuh. nak buat camno. sebab aku rasa bangun awal ke bangun lambat ke sama sajor. bab-bab ni takde hidayah lagi=p

tengok lah mungkin kalau dah ade tanggungjawab mungkin lah terpaksa bangun pagi. takut nanti ade keluar paper

' baby kebulur ibu asyik tido'

gahaha. tak. tak. mintak jauh

hei. wiken ni saya dah setahun berkahwin tahu!

setahun kawin masih dalam mood honeymoon. lama sungguh kami honeymoon.

macam yang selalu cakap. kawin tak semua indah. tapi berbaloi-baloi tau. =)


My momma told me don’t lose you
Cause the best luck I had was you
And I know one thing that I love you
I said I be gone today but I’ll be back around the way
It seems like everywhere I go
The more I see the less I know
But I know one thing for sure
I love you
I love you
I love you

Say Hey (I Love You)
by Michael Franti and Spearhead


tahun kedua aku harap ade anugerah yang akan melengkapkan hidup kami. tak akan penat berusaha. dan tak mahu mengeluh. sudah sangat bersyukur dengan nikmat yang diterima buat masa ini. thank you Allah.


You Might Also Like

4 comments

  1. magh, my best prayers go to you! :)

    ReplyDelete
  2. Part masuk paper tu akak nak tergelak hehe...jangan la sampai cam tu :-p Baru setahun ye kawin...masih dlm fasa honeymoon nih...semoga impian farah tercapai :-)

    ReplyDelete
  3. haha sama lar mcm sab..bab kemas rumah ok,bab masak tue lmbt skit nak belaja,bab masuk dapur mmg liat...hadoihhh...lg pas kawen dok dgn mak,mmg jarang2 lar masak...pas dok sendiri nie jer,mak mentua slalu dtg,kena lar belajar2 masak..hasilnye da blh lar msk 2-3 jenis lauk hehehehe ;)

    ReplyDelete