tema hari ini kaler hitam

semalam pagi-pagi lagi kami dah keluar rumah. nak pergi servey perabot kat kedai perabot dekat rumah aku. ade seketul bangunan kat situ jual perabot. aku ingat semua cavenzi satu bangunan, rupa-rupanya satu bangunan tu ade 3 kedai. senang kerja kami nak servey kan.

tapi dalam ketiga-tiga kedai tu, kami suka cavenzi setakat ni. dia ade semua range harga, ikut bahjet. kalau bahjet rendah, ade set yang dah boleh dapat semua dah perabot-perabot penting nak masuk rumah dengan harga yang aku rasa sangat berpatutan. sangat!

kalau nak berkualiti pon ade. dan yang berkualiti tuh, setakat ni aku rasa harga terbaik lah. penghantaran dan pemasangan free tau.

bagi aku, kalau nak pakai lama dan ada perangai tak reti jaga barang macam aku, baik pilih yang tahan lasak sikit. so bayar lebih sikit takpe asalkan jangan pakai sekejap dah rosak.

benda lain aku tak kisah sangat. yang aku kisah adalah katil. katil harus lah kukuh! jadi katil tak boleh amik yang murah. belajar dari kesilapan. katil bilik aku kat kelantan nak *ehem* pon tak yakin. naik sikit dah bunyi. tapi takpe, aku balik tido pon sebulan sekali jer.

kalau katil hari-hari ni haruslah kukuh! tak de bunyi yang tidak di ingini.

husband pulak dok sibuk pasal tilam. haha. dia selalu merungut tilam sekarang buat badan die sakit. haha. aku pulak memang dah biasa tidur merata-rata dari kecik. so tidur atas permukaan macammana pon ok.

pastu sofa pulak aku nak yang senang dibasuh dan tak nak leather. aku dah aim! comei sangat. simpan dalam hati je lah dulu.

set meja makan. nak yang 8 boleh? hahahaha..walaupon family sangat la kecik tapi ape salohnye ade meja besor?

pastu yang kecik-kecik macam coffee table, side table tuh ok je lah macammana pon.

wah..verangan ko maghfarah. bahjet lepas ke?

so selagi kiteorang tak jumpa kedai lain, setakat ni cavenzi dah ok. ikea pon ok untuk barang-barang sampingan. tapi untuk yang main ni. yang ni lah yang paling ok dari segi harga dan kualiti. dan juga service.

tapi kene tgk tempat lain lagi!

so, berbalik kepada title, apa yang bertemakan hitam?

owh. baju kami. yang ni tak nampak.


*buhruk giler muka bangun tido muka sembab lagi dah nak kene g serang kedai perabot*

ok. yang ni nampak hitam

bila tengahari balik tengok melodi dan lunch dulu sebelum keluar balik lepas zohor. masak sambil tengok melodi.

sebab nak ikut title, nama masakan i hari ini adalah spaghetti masak hitam.

goreng spaghetti lagi. suami mintak. suka bebeno dia i masak cara ni.

dia punya

aku punya

*telur mata aku versi sihat sikit, kurang minyak sebab tu nampak jelepek jer tak menarik*

lepas zohor kiteorang keluar cari hadiah masing-masing. hahaha. tak surprise langsung. tapi takde masa mak nak surprise benda macam ni. beli mahal-mahal kang tak bekenan.

husband aku awalnya tak nak aku beliak dia hadiah. sebab rasa bersalah guna duit bini. dia cakap baik guna duit ni buat beli latop.

tapi aku lagi happy tengok dia happy dari aku menghappykan diri sendiri dengan beli latop. dah la beli latop boleh membawa kepada ke-alpa-an. lagipon sekarang ni guna latop untuk update blog jer. takde latop pon masih boleh update blog ape!

akhirnya dia terima. benda ni kotak jer hijau. dalam hitam. ni second time aku belikan dia benda sama, jenama sama tapi model lain lah. harga pon lain T_T

eh. i ikhlas. i ikhlas.=p

harga tu tak kisah. (kisah la jugak sebenarnya, sebab kene ikut kemampuan i) tapi yang penting u happy. dan kalau ni pon hilang jugak i nak latop serta merta!

yang aku bagi dia masa birthday dia tahun lepas hilang kene curi kat mak cik housekeeping hotel kat miri. sabor je lah.

i pon dapat jugak. serba hitam jugak. tayah lah tempek kat sini. hanya i yang perlu tahu. thanks bie!

malam makanan kami adalah.

daging kambing goreng kunyit. lama giler tak makan kambing!

dia punya

* nasi half dari makan biasa kerana sebenarnya dua-dua kenyang, tapi nak makan kambing*

kangkung goreng belacan

sekian.

You Might Also Like

4 comments

  1. wow!! sedapnyeee daging kambing masak kunyit tu.i tak penah mkn tau!uuuu...nampak mabelesss :D daging kambing is my feveret ^__^

    hye, 1st time sggh sini.salam perkenalan :)

    ReplyDelete
  2. syoknye verangan..kalo akak pun suka verangan bab2 nak hias umah ni..hehe..

    betul2x..nak belikan sesuatu yg mahal, harus direct tanya berkenan ke idak, kalo tak berkenan kang, lugi loor..hehe..

    ReplyDelete
  3. ciare: try la. u kan suka masak-masak jugak..tq singgah~

    mamalieyna: hhehe..skang ni selalu jer berangan pasal deko rumah. padahalnya entah bile nak masuk=p

    bai: 'yer!', kambing menyahut

    ReplyDelete