mood mesti mari!!

kalau aku menjerit ala-ala Mamu Raja Lawak agak-agak mood nasi datang balik tak?

semalam lagi parah. bukan setakat nak makan nasi jer takde mood. nak masak nasik pon malas.

sesungguhnya semalam hari malas. mungkin drama dalil cinta dah tak berbekas dah dalam jiwa aku. bak kata tun mahathir, 'melayu mudah lupa'

sepanjang hari saya hanya basuh telekung sembahyang empat helai jer. selebihnya saya chatting, verangan, berblog hoping, tido kejap. (setengah jam jer. siyes)

bila suami balik kerja sebelum dia perasan sebijik habuk pon saya tak kuis hari ni, awal-awal saya dah mengaku.

'bie, i tak buat kerja rumah pon hari ni.'

wah. jujur gitu.

'eeee..i dah agak dah..ni malas nak tinggal latop ni..air i buat tak?'

'tak.hehe. i nak buat jus ke u. kalau jus, blend kene terus minum. baru lah best'

gahaha. cover baek punya! lepas tu baru lah terhegeh-hegeh buatkan dia tembikai susu.

lepas masuk dapo. tengok peti rase menyampah ngan lauk, sayur dan tong beras.

'bie, kita tayah makan nasi eh?'

'ok'

yeay. itulah yang kita cari.jawapan pendek dan mantap yang kita inginkan~

celur spaghetti, cincang bawang-bawang,tomato, hiris cendawan, carrot, brokoli siket. daging sikit, udang sikit. pastu campak semua dalam kuali. campor sos. pastu campak italian herb.

dah jadi spaghetti melayu celup.

rempah dah macam goreng mee dah. cuma saja tambah italian herb. saja nak glamor. gahaha

portion i.

portion dia.

goreng telur mata goyang. letak serbuk lada sulah untuk tambah umphh.

siap satu dinner untuk sepasang suami isteri. makan depan tv sambil tengok berita.

wah..nikmat wa cakap lu.

aku guna angel hair. sebab takde sebab.

sekian berita perempuan malas melaporkan.

hentah pape kan. skali saya. skali i. skali aku.sebagai reader, anda kena redha jer. =p

You Might Also Like

3 comments

  1. yaa..akak redha je..hehe..

    mlm td pun mood mls masak dtg menyerang akak gak, seb baik ada pasarmlm depan umah..ada alasan takyah masak..lalala...

    ReplyDelete
  2. akak kalo husband akak outstation sure malas masak, last2 goreng nuget je bg anak2..heheheh..sian diorang kan..jangan tiru gaya akak tau

    ReplyDelete
  3. tak pernah try angel hair ni. harus kena cuba ni.

    ReplyDelete