ahad yang malas

macam lah hari-hari lain tak malas.

macam mane dengan wiken korang? weekend kami macam biasa. takde ape yang berlaku. haha. nampak nye aktiviti dating every weekend semakin di lupakan.

pagi ahad aku ingat nak goreng cucur jer kat suami. aku shake. senang. tapi nasi lebih banyak dalam peti. dan kangkung pon ade. so aku goreng nasi goreng kampung. kali ni aku try letak sos ikan aka sos nampla. menarik jugak!

nasi goreng kampung breakfast *kalau ade sambal belacan best ni*

keropok tu tak goreng. masuk dalam microwave jer 2 minit. dulu kalau nak makan untuk diri sendiri jer aku buat macam tu. untuk suami aku goreng. takut dia tak suka. sebab nya kalau masak guna microwave rasa dia tak sesedap goreng ngan minyak. tapi sejak aku bagi try dia makan yang 'microwave version' ni dia dah tak nak keropok di goreng. kurang kan kolestrol katanya. bagus suami i. =p

tengahari nak siap-siap jumpa customer jadi masak ringkas. (alasan malas) . takde mood lah nak masak kalau aku tengah dalam program shake ni. rasa macam nak shake 3 kali sehari jer. tak payah masak.

daging goreng kunyit

sup sayur

hohoho. ni lah makanan di kala malas. suami redha saja makan. sebab isteri janji nak masak ikan kukus tapi sampai semalam tak buat-buat pon. ikan dah tak fresh. dah tak 'manis' kalau nak buat ikan kukus. so terpaksa cancel la itu menu.

selamat hari isnin~

You Might Also Like

0 comments