selamat pagi~
pagi-pagi dah bercerita pasal food. gigih aku update blog walaupon internet macam siput memerlukan kesabaran yang tinggi.
semalam aku berjaya merajinkan diri sikit. sebenarnya petang semalam sikit lagi nak ajak suami makan kat kedai jer. sebab nya SAYA ADALAH SANGAT MALAS SEMALAM.
siap sebelum suami balik dah cakap kat dia awal-awal yang semalam satu kerja rumah pon aku tak buat sebab MALAS.
bila dah petang sangat baru mood nak memasak datang. jadinya suami balik semalam aku tak siap masak pon lagi. walaupon masak simple-simple jer. naseb baek ade puding. boleh alas perut.
korang suka sotong celup tepung yang macam mane? aku kalau kat kedai aku suka yang tepung dia banyak sikit ala-ala cucur sebab nanti sotong tu tak kering tapi tepung crunchy di luar. tapi tepung tu jangan lah melampau.suka la-ala cucur jer, bukan cucur terus dan sotong kecik cinoet jer kat dalam. tu kedai kedekut dan penipu namanya.
tapi kalau buat sendiri tak pernah pulak aku try buat yang tepung dia tebal. selalu buat yang nipis ala-ala pisang goreng punya tepung tu. so semalam aku try buat yang tepung tebal sikit. tapi idok lah jadi macam cucur.
bancuhan tu aku hentam sajor. letak tepung gandum, tepung jagung (nak bagi effect crunchy tu) garam sikit dan serbuk lada putih sikit. pastu hari tu aku tengok chef wan masak masa musim raya cina, nak bagi masakan goreng-goreng ni warna ala-ala golden la konon, letak serbuk kunyit.
bibik MIL cakap kalau bancuhan tepung ni kene letak telur baru sedap. tapi bagi aku leceh la. sebab nanti tepung dia banyak habuk macam goreng pisang pulak. so aku malas nak letak.
tomyam guna paste jer. hehe. ok lah kan?
*sila cakap ok~*
makanan kami. lauk.kuah.sayur.cukup-cukup syarat jer.malas dah nak tambah telur dadar ke ape
saya nak merajin kan diri hari ni. ingat nak g beli kentang sikit. hari tu lupa nak beli kentang. KALAU rajen pergi bank sekejap. dan nak buat kerja-kerja rumah jugak. sudah 2 hari ok rumah 'MC'.hehe
kata-kata jari,
Fabulous.Farah
3 comments
adeih...dah la tak bekfes pagi nih. terus rasa cam lapar giler.
ReplyDeletemmg lauk kedai ni. tp home made. best2! dari dulu smpi skang bila udang or sotong goreng tepung mesti fail. ni bole la tray resepi farah pulak :)
ReplyDeleteoh. kitorang pon suka sotong tepung yang ala2 cucur. kat restoran tomyam slalu ada. tapi cuma ada 1 je restoran yang tepati citarasa kitorang.
ReplyDelete:)
*kitorang di sini adalah kami suami isteri. terima kasih*