makanan ringkas

hari ni hari menghabiskan stock makanan yang ade kat rumah. dah malas nak pergi beli lauk lagi sebab lusa dah nak tinggal rumah. jadi masak sahaja ape yang ado.

sayur cendawan dan kubis masak sos tiram berserta tauhu telur

*kenapa kalau nama masakan melayu kalau letak nama panjang tak menarik?*

dengan?

ikan sardin dan telur dadar. haha!

senang kan hari ni punya lauk. 15 minit sudah ready untuk di makan. makan sambil tengok melodi. enak!

sardin ni cap adabi. terpengaruh dengan iklan. tak sedap. aku kalau masak sardin suka rasa pure gitu. tak suka tambah pape. tambah bawang dengan tomato jer. tak tambah dah sos or kicap segala. tapi ikan sardin adabi ni rasa tak sedap ah. so alang-alang tak sedap aku tambah kicap ngan sos. sila setia dengan cap ayam lepas ni. jangan terpengaruh.

semalam pagi husband pergi service kereta. die dah cakap awal-awal balik service kereta terus nak pergi tengok rumah. tapi seperti biasa aku kalau dah mengadap laptop memang tak sedar diri. sedar-sedar dia dah balik. masak nya belum. terpaksa lah masak cepat-cepat ape yang terlintas di fikiran dan tersenang sahaja.


sup sayur

udang masak sos campur.hehe

sebabnya campur semua sos yang ade dalam peti pastu perah limau nipis. siap~~

untuk pokwe, ayam bakar.

wiken ni along dan pok we datang lepak rumah aku. petang semalam kami lepak-lepak jer kat rumah tengok tv sambil makan keropok.

tengok popeye

semua dah besar panjang. tapi pilihan cerita masih lagi kanak-kanak. hehe. ni pengaruh syahir la ni.

dulu masa kecik-kecik selalu tengok cerita yang ala-ala power rangers tu, tapi jepun punya. alih suara terbaik punya. aku adalah yang kaler kuning, along kaler pink, pok we kaler merah. tengok cerita tu mesti dengan penuh perasaan sebab konon-konon diri sendiri lah dalam tv tuh. sebenarnya aku suka pink. tapi sebab along kakak so dia berkuasa, terpaksa lah i mengalah. kuning pon kuning lah. lagi pon yang kuning tu seksi. kecik-kecik dah suka perempuan seksi.eh.

pastu kalau fastfood pon kiteorang bagi-bagi jugak. along a&w, aku kfc, pokwe mcD. kalau parents kiteorang bawak pergi kat kedai kiteorang suka lah. tak tahulah ape motif suka. bukan dapat untung pon. habis duit adelah. pastu dulu tanah merah ade A&W. bukak sekejap dah tutup. tak laku. emosi along kene ejek ngan kiteorang. hahaha. macam die owner pulak. aku bangga lah sebab kfc tetap utuh kat tanah merah walaupon aku tak dapat untung sesen pon. haha. zaman kanak-kanak yang entah pape.

eh. termengimbau zaman kanak-kanak pulak.

kata-kata jari,

Fabulous.Farah




You Might Also Like

7 comments

  1. alahai makanan sajo kt umah farah ni..huhu..sedap nampak..herm..tak pernah beli lg, sardin cap adabi, harus tak beli!

    citer popoye best!

    ReplyDelete
  2. kite tak pernh lagi rasa sardin cap adabi tu. euww.. kalau awak kata x sedap, takmo la h cuba. pepun.. cap ayam still the best in the world kan??

    ReplyDelete
  3. gee:tayah beli lah..tak sedap..

    ReplyDelete
  4. mamalieyna: huhu..tak kene dengan selera kiteorang

    ReplyDelete
  5. ledakan gambar2 makanan dalam sehari. dahsyatttt!!!
    :)

    ReplyDelete
  6. kecik2 dulu geram aja tgk cite popeye ni... selalu kn dulu...pastu hero dikemudian..hehehe

    ReplyDelete
  7. adabi memang tak sedap..aku lagi suka sardin giant :D

    ReplyDelete