bukan semua cuba jaya berhasil~


kacang buncis celur dan timun cicah budu adalah terbaik=p

ape yang gagal nye?

ikan cencaru masak asam pedas.

*ni tak tumis punya resepi. kalau kat kelantan asam pedas orang tak tumis dan guna asam keping. tak guna asam jawa.*

semalam masa nak masak ikan ni terpikir nak masak ape. bosan lah asyik masak sumbat. so i ade idea nak buat asam pedas memandangkan bahan cukup.

tak pernah jumpa ikan cencaru masak asam pedas kan? yeah.ade kat dapo i jer.=p

nak potong dua ikan ni dah satu hal. 'jaket besi' dia tuh keras sangat. nak masak sekor-sekor tak potong panjang sangat pulak. sakit tangan aku nak potong ikan ni.

bila suami balik dia tengok aku hidangkan ikan ni dia buat muka.

"kata nak bakar?"

"bosan la bakar"

"mana ade orang masak ikan ni asam pedas"

'ade. i lah"

sebab isteri dah masak dia redha je lah makan. memang susah makan ikan ni bila buat ade kuah macam ni. rasa macam tulang bersepah-sepah plus dengan jaket besi dia lagi. menyampah rasa bila makan. nasib baik masa makan ade budu. so bila makan budu ni mood baik sikit.

*makan asam pedas dengan ulam cicah budu terbaik lah. hampir nak bertambah semalam. nasib baik tanak nasi cukup-cukup. kalau tak overdose dah semalam*

lepas makan. biasalah. ade sesi postmortem untuk nak improve makanan di hari lain.

"asam pedas ok. ikan yang tak ok"

haha. i pon rasa tak ok. lain kali jangan memandai-mandai.

kacang buncis dalam dalam asam pedas pon jarang jumpa kan. nasib baik aku tak letak carrot jer. hahaha

kata-kata jari,

Fabulous.Farah

You Might Also Like

12 comments

  1. huhuhuh xpee...dlm masakan kita buat konsep Try & ERROR! :)

    ReplyDelete
  2. len kali masak asam pedas ikan pari, ikan kembung, senangin ke...ok?

    ReplyDelete
  3. akak dah tua bangka ni tak pernah try masak asam pedas. Sila kagum! ;P

    ReplyDelete
  4. hahaha..farah ni mcm2 nak try ye..akak mlm td pun buntu, ada ikan caru ni, ingat nak bakar tp boring lak rasa..last2 masak sardin..yeaa lg pantas lo..hehe..

    ReplyDelete
  5. ezzah; ye..memang error..hahaha

    ReplyDelete
  6. jaket dia relai masuk dalam kuah agak bahaya kena makan hati2 kan. Kalau tak perasan, sangkut kat tekak memang merana.

    ReplyDelete
  7. gulp telan airliur..sian aku...kempuanan pembawakan anak ........................tekak nanti...hahahah!

    ReplyDelete
  8. hari ni has masak ikan masak kicap... tercair skit ;)

    ReplyDelete
  9. bereksperimen dengan ikan ek. tak sedap ek? tu pasal takde org buat kan? heheh..

    ReplyDelete
  10. pon ada ikan cencaru tak masak2 lg. mlm ni la kot. tapi i memang soh org kedai je siang beliau! baju kebal sangat. hihi

    ReplyDelete