bibir

malam sampai ke kelantan suami ajak atok ngan nenek dia makan satey yang kami beli kat jabi. sedap ok satey tu. dah la tak letak kulit ayam. dah la murah. dah la besar. dah la kelapa jelly dia sedap.

*nanti buat entry pasal kedai ni bila bleh transfer gambar* T_T

ok dah cukup. ni bukan entry pasal satey jabi. ni entry pasal bibir. sambung cerita.

bila dah invite tok ngan nenek datang makan, automatically sepupu-sepupu kecik suami yang umur sahaja kecik tapi badan sihat walafiat terinvite sekali. mereka memang tak pernah tolak pelawaan makan. jadi meriah lah rumah PIL malam tuh.

MIL hidangkan buah mangga. menantu buat ape? menantu tolong makan. hehe. eh. aku dah hidangkan satey. ok lah tuh~

mangga tu sedap, manis, tapi aku rasa macam sedikit bergetah. lepas makan mangga aku tak terus basuh mulut. dok sibuk gelak dengan lawak tok ayoh. aku memang tak reti nak bercakap. tolong gelak je lah yang aku mampu. tapi tetap join majlis.

bila semua orang dah nak balik baru aku bangun basuh tangan dan mulut. pemalas giler perempuan ni nak mengangkat bontot.

akibatnye, bila basuh aku rasa bibir aku kasar macam ade butir-butir halus kat tepi-tepi bibir. puas aku genyeh-genyeh tak hilang. sabun pon tak hilang. aku rasa getah mangga tu la kut.

2 hari jugak aku menderita. ceh. menderita la sangat. tak sakit pon, tapi rasa tak selesa lah mulut menggerutu. nak kiss suami pon nanti suami ter-confuse ni mulut isteri ke mulut katak. hilang nafsu. eh. melampau!

semalam dikala bosan di tengahari aku dah hilang sabar. tak selesa giler ade bibir menggerutu. aku berus bibir aku ngan berus gigi. hamik!

lepas berus bibir rasa bibir dah ala-ala angelina jolie. menebal dan tak rasa pape. hilang deria bibir. haha. tapi kejap jer. lepas tu kembali normal dan bibir menggerutu tiada lagi.

pastu semalam masa dok masuh muka aku terperasan bibir dah jadi merah sikit dari biasa. mungkin kulit-kulit mati pon terberus sekali. bagus jugak. aku tak pernah scrub bibir.

badan ngan muka selalu jer scrub buang daki dan kulit-kulit mati. kesian bibir terabai. dah la bibir aku jenis yang susah giler nak mengelupas or pecah. memang takde special treatment pon untuk dia. mentang-mentang dia tak suka buat hal.

lepas ni pergi cari scrub bibir lah. tak pon buat sendiri jer.

kejelitaan adalah hak milik setiap insan. heh. tiba-tiba rasa jelita bila bibir dah tak menggerutu

kata-kata jari,

Fabulous.Farah

You Might Also Like

5 comments